TINJAUAN KE PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) DEWAN SERBAGUNA JALAN GENUANG, SEGAMAT, JOHOR

SEGAMAT, 15 Jun 2021 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor telah berkesempatan membuat tinjauan ke PPV Dewan Serbaguna Jalan Genuang, Segamat. PPV ini beroperasi untuk memberi vaksin kepada penduduk di daerah Segamat dan sekitarnya dengan kapasiti seramai 800 – 1000 orang penerima vaksin sehari. Seramai 928 telah menerima vaksin di PPV Dewan Serbaguna Jalan Genuang, Segamat pada hari ini.

Terima kasih diucapkan kepada semua para petugas yang telah bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran proses pemberian vaksin di daerah Segamat.

Diharapkan usaha dan kerjasama semua pihak ini akan mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada semua rakyat Malaysia sekaligus imuniti kelompok dapat dibentuk dengan lebih cepat. Bagi membentuk imuniti kelompok, sebanyak 80% rakyat perlu divaksin. Sila daftar segera bagi yang belum mendaftar vaksin. Bersama-sama kita berganding bahu membentuk imuniti kelompok. Ingat. Kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor https://www.facebook.com/mknnegerijohor 

 

Artikel/Berita Terkini

TMM2024: PAKEJ ‘MELAKA NIGHTLIFE’ BERMULA JUN

Bandaraya Melaka – Melaka menawarkan Pakej ‘Melaka Nightlife’ atau juga dikenali sebagai Melaka: Bila Larut Malam kepada pengunjung dan pelancong …
Maklumat Lanjut

GUNA NAMA KEMENTERIAN KOMUNIKASI TAKTIK TERBAHARU PERDAYA MANGSA

GUNA NAMA KEMENTERIAN KOMUNIKASI TAKTIK TERBAHARU PERDAYA MANGSA Taktik terbaharu sindiket penipuan menggunakan nama Kementerian Komunikasi sebagai modus operandi untuk …
Maklumat Lanjut

KPDN SANDAKAN CATAT NILAI RAMPASAN LEBIH RM1 JUTA MELIBATKAN PELBAGAI KESALAHAN

SANDAKAN (24 April): Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Sandakan  berjaya menghasilkan sebanyak 54 kes melibatkan …
Maklumat Lanjut