TINJAUAN KE PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) MOBILE (UNIT STATIK) DAERAH KLUANG

KLUANG, 11 Jun 2021 – MKN Negeri Johor telah berkesempatan membuat tinjauan ke PPV Mobile (Unit Statik) yang pertama di daerah Kluang. PPV ini dijangka akan memberikan vaksin kepada 300 orang penduduk di Mukim Kahang.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, YB Vidyananthan juga meluangkan masa melihat proses pemberian vaksin di PPV ini. Turut hadir bersama adalah Dr. Linayanti binti Rosli, Pengarah Kesihatan Daerah Kluang dan En. Muhamad Sharul Azmi bin Md. Kamil, Penolong Pegawai Daerah Kluang.

Konsep PPV Mobile (Unit Statik) ini akan dilaksanakan di fasiliti kesihatan untuk kawasan yang mempunyai jarak jauh dari PPV daerah yang telah sedia beroperasi.

Diharapkan usaha dan kerjasama semua pihak ini akan mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada semua rakyat Malaysia sekaligus imuniti kelompok dapat dibentuk dengan lebih cepat. Bagi membentuk imuniti kelompok, sebanyak 80% rakyat perlu divaksin. Sila daftar segera bagi yang belum mendaftar vaksin. Bersama-sama kita berganding bahu membentuk imuniti kelompok. Ingat. Kini hanya #KitaJagaKita dan  #KitaMasihBelumMenang

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor  https://www.facebook.com/mknnegerijohor 

   
 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Program Jualan …

AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  KPDN Pulau …

AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  PDN Pulau …