LAWATAN PENGERUSI JAWATANKUASA KESIHATAN DAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR BERSAMA KETUA-KETUA JABATAN KE COVID-19 MOBILE VACCINATION UNIT

MUAR, 10 Jun 2021 – Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, YB R.Vidyananthan telah meluangkan masa melihat proses pemberian vaksin di COVID-19 Mobile Vaccination kepada penduduk Mukim Ayer Hitam. Turut hadir bersama ialah YB Dato’ Dr. Aman bin Rabu (Pengarah Kesihatan Negeri Johor), YBrs. Tuan Haji Mustaffa Kamal bin Haji Shamsudin (Pegawai Daerah Muar), YBrs. Dr. Nooraida binti Ujang (Pegawai Kesihatan Daerah), YBrs. En. Mohd Tarmizi bin Dan (Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Johor), YBrs. Tuan ACP Zaharudin bin Rasit (Ketua Polis Daerah Muar), YBrs. En. Afezan bin Yahya (Penghulu Mukim Ayer Hitam) serta wakil Ketua-Ketua jabatan yang terlibat.

Seramai 198 penerima menerima vaksin pada hari ini. PPV ini merupakan PPV pertama yang menggunakan konsep mobile (unit bergerak) di Malaysia dan merupakan inisiatif inovatif oleh Pejabat Daerah Muar, dengan kerjasama erat dari Pejabat Kesihatan Daerah Muar dan disokong penuh oleh Syarikat Mayang Sari Ekpress Sdn. Bhd.

MKN Negeri Johor juga berpeluang menyampaikan sumbangan berupa makanan dan pelitup muka kepada petugas-petugas barisan hadapan di PPV Mobile Vaccination Unit ini. Sumbangan telah disampaikan oleh YB Vidyananthan kepada wakil agensi petugas barisan hadapan yang terlibat.

Semoga inisiatif ini akan mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada semua rakyat Malaysia sekaligus imuniti kelompok dapat dibentuk dengan lebih cepat. Bagi membentuk imuniti kelompok, sebanyak 80% rakyat perlu divaksin. Sila daftar segera bagi yang belum mendaftar vaksin.                 Bersama-sama kita berganding bahu membentuk imuniti kelompok. Ingat. Kini hanya #KitaJagaKita  dan #KitaMasihBelumMenang 

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor https://www.facebook.com/mknnegerijohor 

Artikel/Berita Terkini

‘SETIAP SEN DISALUR AMANAH DARIPADA RAKYAT’ – AMINUDDIN

Pengerusi dan seluruh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) diingatkan supaya berintegriti dalam pengurusan dana kerajaan. Menteri Besar Negeri Sembilan, …
Maklumat Lanjut

KPDN NEGERI SEMBILAN GEMPUR 25 PREMIS JUALAN LANGSUNG

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan telah menjalankan pemeriksaan terhadap 25 premis jualan langsung menerusi …
Maklumat Lanjut

BIARKAN PROSES UNDANG-UNDANG BERJALAN: HAJIJI

HAJIJI KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyerahkan sepenuhnya isu membabitkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berdepan pertuduhan rasuah kepada …
Maklumat Lanjut