OPERASI PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP PKP 3.0 DI KILANG-KILANG KAWASAN PERINDUSTRIAN PASIR GUDANG, JOHOR

JOHOR BAHRU, 14 Jun 2021 – Satu Operasi Bersepadu Pematuhan SOP PKP 3.0 telah dijalankan di kawasan industri perkilangan di kawasan perindustrian Pasir Gudang. Operasi bersepadu ini terdiri daripada pegawai, anggota dan penguatkuasa daripada Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor.

Secara keseluruhannya, pematuhan SOP di semua kilang-kilang yang diperiksa dan dipantau adalah baik dan mengikuti arahan semasa yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Kilang-kilang yang dipantau dan diperiksa telah menggunakan aplikasi MySejahtera dan pengimbas suhu dan kehadiran pekerja adalah kurang dari 60% seperti yang telah ditetapkan. Para pekerja dan pengurusan kilang dilihat mematuhi SOP semasa yang berkuatkuasa.

Semoga usaha dan operasi bersepadu seperti ini dapat meningkatkan lagi pematuhan orang ramai terhadap SOP semasa yang berkuat kuasa. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan kejayaan operasi bersepadu ini.

Teruskan kawalan kendiri. Sentiasa amalkan 3W (wash, wear dan warn) dan elakkan 3S (tempat sempit, tempat sesak dan sembang dekat). Ingat, kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor  https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Gambar: Tim Pematuhan MKN Negeri Johor & Majlis Bandaraya Pasir Gudang

 
   
   

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …