PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP DI AEON SHOPPING CENTRE, TAMAN MALURI

Satu tinjauan telah dilaksanakan di AEON Shopping Centre di lokasi Taman Maluri bagi memantau keadaan dan aktiviti serta tahap pematuhan masyarakat yang berkunjung membeli belah dimana ia berkaitan dengan aktiviti berniaga di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Berdasarkan kepada tinjauan di lapangan, mendapati aktiviti perniagaan di pusat beli belah seperti mana yang telah dibenarkan di dalam SOP PKP 2.0 sedia ada. Rata-rata pengunjung yang hadir membeli belah, pekedai-pekedai serta para petugas AEON yang beroperasi di sini dilihat mematuhi SOP yang telah digariskan.

 

 

Terdapat 4 tingkat yang melibatkan tempat jualan beli belah dan pihak AEON telah memastikan bahawa semua pintu masuk dijaga sekurangnya seorang pegawai keselamatan dan disediakan kelengkapan wajib (mySejahtera/buku daftar pengunjung, hand sanitizer dan alat pengukur suhu) bagi kegunaan setiap pengunjung.

Pemerhatian lanjut mendapati semua penyewa unit kedai atau kiosk di dalam bangunan AEON turut mematuhi SOP dengan penyediaan kelengkapan wajib (mySejahtera/buku daftar pengunjung, hand sanitizer dan alat pengukur suhu). Para pengunjung mematuhi SOP terutama sentiasa memakai pelitup muka dengan betul. Pihak AEON turut menyediakan tanda-tanda penjarakan serta tali pemisah masuk/keluar di ruang pembayaran yang pada masa yang sama memberi peringatan terhadap penjagaan SOP serta pencegahan penularan.

Pemantauan secara berkala perlu dilaksanakan oleh tim task force operasi pematuhan bagi melihat tahap pematuhan serta reaksi pengunjung, pekedai dan petugas di pusat-pusat membeli belah.

Artikel/Berita Terkini

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗕𝗜𝗠𝗕𝗜𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗬𝗔

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jabatan Pengangkutan …
Maklumat Lanjut

𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut

𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐌𝐎𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐆𝐈𝐆𝐈𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Sempena Minggu …
Maklumat Lanjut