Satu tinjauan/pematuhan telah dilaksanakan ke atas Pusat-Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi melihat serta memantau tahap pematuhan serta perjalanan proses pemberian vaksin dalam Fasa 1 (Frontliner) di luar Fasilitis Kesihatan iaitu di Stadium Titiwangsa, Kompleks Sukan Desa Tasik, Pusat Komuniti Bandar Manjalara dan Kompleks Komuniti Muhibbah.
Rata-rata dewan yang digunakan untuk pemberian vaksin ini mematuhi SOP sedia ada dibawah penyeliaan KKM sebagai agensi penyelaras PPV ini. Petugas-petugas di antaranya dari KKM, APM, RELA dan DBKL serta penerima vaksin juga dilihat lebih terkoordinasi serta mematuhi setiap SOP yang digariskan. Ini kerana setiap kumpulan Frontliner yang hadir untuk menerima suntikan vaksin ini dikoordinasikan oleh setiap jabatan yang terlibat. Selain daripada itu, ingatan berhubung pematuhan SOP juga sentiasa diberikan/diwar-warkan sebilang masa.
#KitaJagaKita