LAWATAN YAB KETUA MENTERI PULAU PINANG KE PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) COVID-19

GEORGE TOWN, 21 April 2021 – YAB Ketua Menteri Pulau Pinang pada pagi 20 April 2021 telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) COVID-19 di Kompleks Belia dan Sukan, Balik Pulau dan Dewan Serbaguna Jawi, Seberang Perai Selatan. Beliau diberi taklimat oleh Pegawai Daerah dan juga Pejabat Kesihatan Daerah. YAB Ketua Menteri memohon orang ramai untuk segera mendaftar supaya kerajaan dapat melaksanakan pemberian vaksin kepada rakyat mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Beliau juga mengucapkan syabas kepada semua agensi kerajaan dan sukarelawan yang bertungkus lumus bagi memastikan proses pemberian vaksin ini berjalan lancar dan teratur.

#MKN50
#LindungDiriLindungSemua

#KitaAkanMenang

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …