PROGRAM MALAYSIA PRIHATIN: TAKLIMAT ISU-ISU SEMASA

Alor Gajah – Malaysia akan menghulurkan sebanyak 50,000 dos vaksin COVID-19 kepada Bosnia Herzegovina. Negara akan memberikan sumbangan itu atas faktor perikemanusiaan dan hubungan diplomatik yang baik antara kedua negara. Perkara tersebut dijelaskan oleh Menteri Tugas-Tugas Khas, YB Datuk Seri Mohd Redzuan Mohd Yusof semasa Program Malaysia Prihatin: Taklimat Isu-Isu Semasa selepas perkara tersebut diputuskan dalam mesyuarat kabinet.

Dalam program tersebut, beliau turut menyampaikan taklimat isu semasa iaitu mengenai Proklamasi Darurat yang telah mendapat perkenan pengisytiharan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada 11 Januari 2021.

Program yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Negeri Melaka ini melibatkan jemputan dari kalangan penjawat awam daerah Alor Gajah dan pemimpin – pemimpin masyarakat. Wakil agensi yang hadir turut menerima bunting Proklamasi Darurat sebagai simbolik. Turut hadir, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Melaka, En. Mohd Rizal Hashim, wakil Pegawai Daerah Alor Gajah, En. Mohd Hafidz Mohd Dain dan Pegawai Kesihatan Daerah Alor Gajah.

#MelakaPatuhSOP

#LindungDiriLindungSemua

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut