MINGGU KESEDARAN GARAM SEDUNIA

World Action On Salt, Sugar and Health (WASSH) merupakan sebuah pertubuhan global dengan misi untuk meningkatkan kesihatan masyarakat dunia dengan menggalakkan pengurangan pengambilan garam dalam diet harian.

Pada tahun ini, WASSH menetapkan bahawa Minggu Kesedaran Garam Sedunia disambut pada 8 sehingga 14 Mac 2021 dengan tema Tambah Perisa Asli, Sedikit Garam Mencukupi (More Flavor, Less Salt). Garam merupakan sejenis bahan yang ditambah untuk memberi rasa kepada sesuatu makanan. Garam turut digunakan bagi tujuan pengawetan makanan. Nama kimia (saintifik) bagi garam adalah Natrium Klorida (Sodium Chloride).

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan agar pengambilan garam tidak seharusnya melebihi 5 gram atau kurang 1 paras sudu teh sehari. Namun begitu, kajian yang dijalankan mendapati purata pengambilan garam oleh rakyat Malaysia melebihi saranan yang dikemukakan iaitu sebanyak 7.9 gram sehari.

Pengambilan garam yang berlebihan ini boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi, serangan jantung dan juga angin ahmar. Antara tips yang boleh digunakan bagi mengurangkan pengambilan garam dalam diet seharian adalah:

  • Mengurangkan penggunaan garam dalam masakan termasuklah penggunaan perisa tambahan seperti kicap, sos tiram dan kiub perasa.
  • Hadkan kekerapan pengambilan makanan segera seperti pizza, mi segera dan burger.
  • Pilih untuk menikmati buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
  • Kurangkan makan di luar dan kerapkan memasak sendiri makanan di rumah.

Diharapkan Minggu Kesedaran Garam Sedunia ini akan memberikan manfaat buat kita Bersama. Raikan rasa masakan dan makanan yang membentuk budaya masyarakat hari ini dengan resipi dan cara penyediaan yang lebih sihat iaitu dengan Tambah Perisa Asli, Sedikit Garam Mencukupi (More Flavor, Less Salt).

Selamat Menyambut Minggu Kesedaran Garam Sedunia

Sumber rujukan:

  1. https://kpkesihatan.com/2021/03/08/kenyataan-akhbar-kpk-8-mac-2021-sempena-minggu-kesedaran-garam-sedunia-2021/
  2. http://www.myhealth.gov.my/awas-garam-tersembunyi-dalam-makanan-anda/
  3. http://www.worldactiononsalt.com/awarenessweek/

 

 

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut