PELANCARAN PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN BAGI PETUGAS BARISAN HADAPAN (NON-KKM) DAERAH HULU PERAK, PERAK

HULU PERAK, 11 Mac 2021- Satu majlis pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Peringkat Daerah Hulu Perak telah berlangsung di Dewan Serbaguna Gerik yang merupakan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) COVID19 bagi kawasan Gerik dan sekitarnya.

Program tersebut telah melibatkan barisan petugas hadapan bukan KKM iaitu anggota PDRM, APM, RELA, BOMBA dan JKM. Turut sama diberi imunisasi pada program tersebut adalah anggota daripada kesemua klinik dan pergigian swasta di pekan Gerik.

Kehadiran Pegawai Daerah Hulu Perak sebagai tanda sokongan juga turut menyuntik semangat anggota kesihatan untuk meneruskan perjuangan dalam memutuskan rangkaian COVID19 ini.

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.

Artikel/Berita Terkini

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …

MARDI Perketat SOP Keselamatan Ladang

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengambil langkah segera memperketat Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan di seluruh stesen penyelidikannya …

PERANGKAAN DEMOGRAFI MALAYSIA, SUKU TAHUN KETIGA 2026

Penduduk Malaysia dianggarkan 34.4 juta pada suku tahun ketiga 2026 berbanding 34.3 juta pada suku tahun ketiga 2025 dengan pertumbuhan …