SOP PEMBUKAAN SEKOLAH DIPATUHI

KUALA LUMPUR, 05 Mac 2021 – Majlis Keselamatan Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MKN WPKL) telah mengadakan aktiviti Pemantauan dan Pematuhan SOP bersempena dengan pembukaan sesi persekolahan tahun 2021 di beberapa buah sekolah rendah yang telah dikenalpasti di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Tujuan aktiviti pemantauan ini dijalankan adalah untuk memastikan bahawa peranan pihak pentadbir, guru-guru dan ibu-bapa dalam mencegah penularan pandemik COVID-19 dalam ruang lingkup kawasan persekolahan dilaksanakan dengan tahap tertinggi sebagaimana yang disarankan dalam edaran garis panduan dan model oleh pihak KPM.

Berdasarkan pemerhatian oleh pihak MKN WPKL ke semua sekolah yang dilawati ini, didapati para pelajar Tahun 1 dan Tahun 2 kelihatan sungguh bersemangat untuk hadir bersekolah secara fizikal dengan masing-masing berada dalam penjarakan fizikal dan berpelitup muka sepanjang masa. Para guru yang ditemui juga menyatakan bahawa Pengajaran dan Pembelajaran secara bersemuka di sekolah adalah lebih mudah dan efektif berbanding Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Rata-rata pihak pengurusan sekolah dan guru-guru peka dan cakna akan SOP ketat yang dipertanggungjawabkan dalam pengoperasian sekolah sewaktu pandemik ini.

Di akhir sesi pemantauan ini, Tim Pematuhan juga mengambil peluang memerhatikan proses penyuraian murid-murid setelah loceng tamat persekolahan berbunyi. Perjalanan keluar murid dari bilik darjah masing-masing ke pintu pagar sekolah dilakukan secara berperingkat mengikut turutan kelas tertentu sambil dikawal rapi oleh guru dan pengawas sekolah bertugas. Terdapat juga ruang menunggu buat pelajar yang masih menanti ketibaan ibubapa serta penjaga yang menjemput mereka. Kesemua ibubapa dan penjaga pula hanya boleh menunggu anak-anak mereka di luar sekolah dalam keadaan yang tersusun tanpa bersesak-sesak.

Secara keseluruhannya, pematuhan SOP di sekolah hendaklah dilaksanakan secara konsisten. Guru-guru dan ibu-bapa sepatutnya sedar bahawa kanak-kanak dan remaja yang berusia kurang daripada 18 tahun tidak tergolong dalam kumpulan penerima vaksin mengikut Program Imunisasi Kebangsaan. Justeru, kumpulan ini wajarlah dilindungi dan dijaga serapi mungkin daripada dijangkiti virus global COVID-19 lantaran imuniti badan mereka tidak seoptimum orang dewasa.

 

Artikel/Berita Terkini

PENTINGKAH KEAMANAN DAN KEDAMAIAN DALAM SESEBUAH NEGARA?

Saban hari, persoalan tersebut sering bermain di fikiran setiap generasi muda yang baru hendak melangkah ke alam dewasa. Di mana …
Maklumat Lanjut

PENGETAHUAN CPR MASIH RENDAH DIKALANGAN MASYARAKAT KITA

Pengetahuan asas bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dalam kalangan masyarakat  di negara ini masih rendah meskipun bilangan kes kematian mengejut dilaporkan …
Maklumat Lanjut

DASAR TRANSFORMASI DIGITAL, PELAN NTER DAN NIMP 2030 BANTU PELABUR MELIHAT KEKUATAN YANG ADA PADA MALAYSIA

DASAR TRANSFORMASI DIGITAL, PELAN NTER DAN NIMP 2030 BANTU PELABUR MELIHAT KEKUATAN YANG ADA PADA MALAYSIA Datuk Seri Anwar Ibrahim …
Maklumat Lanjut