PENGHANTARAN PULANG RAKYAT MALAYSIA YANG TERKANDAS DI SELATAN THAILAND MELALUI PINTU MASUK SEMPADAN MALAYSIA-THAILAND, PERAK

PENGKALAN HULU, 5 Mac 2021- Proses penghantaran ini telah melibatkan penghantaran dua hala yang melibatkan penduduk Malaysia yang terkandas di Selatan Thailand dan sebaliknya. Antara agensi seperti Wakil Kedutaan dan Jabatan Pentadbiran Wilayah Selatan Thailand (Department of Provincial Administration, DOPA), Ibu pejabat Polis Daerah Pengakalan Hulu, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM), Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak, Angkatan Pertahanan Awam Pengkalan Hulu, Jabatan Penerangan Hulu Perak dan Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak, Hulu Perak telah berkerjasama dalam menjayakan proses penghantaran ini.

Seramai 7 orang warganegara Thailand dari Malaysia juga turut dibenarkan pulang ke Thailand dan proses tersebut telah diuruskan oleh pihak Wakil Kedutaan dan Jabatan Pentadbiran Wilayah Selatan Thailand [(Dept. Of Provincial Administration) DOPA].

Selain itu, proses saringan kesihatan dan calitan swab telah dilaksanakan di lokasi dan rakyat Malaysia yang dibawa masuk telah dihantar ke Pusat Kuarantin di Ipoh bagi menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari.

Hasil tinjauan mendapati kawalan keselamatan dalam keadaan sempurna di mana kerjasama setiap agensi yang menjaga keselamatan sempadan negara dan agensi luar negara di sempadan adalah sangat baik lebih- lebih lagi dalam usaha untuk memerangi penularan wabak COVID-19.

Disiplin dan kesabaran dalam pematuhan arahan oleh pihak berkuasa oleh setiap rakyat Malaysia dan Thailand yang terkandas amatlah dipuji serta penekanan pematuhan SOP sentiasa dititikberatkan oleh anggota barisan hadapan.

Terima kasih kepada semua wira wirawati negara.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …