PENERIMAAN VAKSIN DI PPV PERAK TENGAH

PERAK TENGAH, 5 Mac 2021- 3 buah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di daerah Perak Tengah telah menerima bekalan vaksin COVID-19. Vaksin ini diambil daripada Hospital Raja Permasisuri Bainun, Ipoh sebagai Pusat Simpanan Vaksin (PSV) hari ini.

Antara PPV yang terlibat dalam penyampian bekalan vaksin ini adalah daripada Hospital Changkat Melintang, Klinik Kesihatan Seri Iskandar dan Klinik Kesihatan Ulu Dedap sekitar jam 11.00 pagi. Konvoi penyampaian vaksin ini juga telah diiringi oleh Polis Diraja Malaysia dalam memastikan perjalanan dan keselamatan vaksin berada dalam keadaan baik dan terkawal.

Tahniah kepada semua pihak yang menjayakannya.

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …