INFO ON WHEELS (IOW) BERSAMA PENIAGA-PENIAGA JONKER WALK

Kota Laksamana, 23 Feb – Info On Wheels (IOW) dari Jabatan Penerangan Negeri Melaka bersama Persatuan Peniaga Jonker Walk hari ini memberi peringatan tentang tanggungjawab kita dalam memutuskan penularan jangkitan wabak COVID-19.

JaPen Melaka mengambil peluang membina rangkaian bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan korporat bagi memperkasakan peranan komuniti memerangi wabak COVID-19 termasuk memahami persoalan berkaitan Proklamasi Darurat dan Program Imunisasi Kebangsaan:Vaksinasi COVID-19.
Simbolik penyerahan bahan penerbitan telah disampaikan oleh En. Mohd Rizal bin Hashim, Pengarah Penerangan Melaka di Jonker Walk kepada:
1. YBhg DW Gan Tian Loo, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Jonker Walk
2. YBhg Datuk Ng Choon Koon, Pengerusi Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA), Melaka
3. Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia Cawangan Melaka
4. Polis Pelancong Melaka
5. Pertubuhan Pekedai-Pekedai Heritage Melaka
6. Persatuan Wushu, Tarian Naga dan Singa Melaka
7. Persatuan Catur Tiong Hua Negeri Melaka
8. Tokong Wah Teck Keong

 

Teruskan berjuang!

Kita belum menang!

Kita pasti menang!

#MelakapatuhSOP

Artikel/Berita Terkini

PEMASANGAN KAWAD BERDURI DI SEKITAR KAWASAN PKPD HOSTEL CENTENNIAL, KG. ACHEH, SITIAWAN, PERAK

SITIAWAN, 25 Februari 2021 –  Pemasangan kawad berduri di sekitar kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Hostel Centennial, Kampung Acheh, …
Maklumat Lanjut

PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP DI JETI MARINA & JETI LUMUT, MANJUNG, PERAK

MANJUNG, 25 Februari 2021- Satu pemantauan pematuhan SOP telah dijalankan di Jeti Marina dan Jeti Lumut, Manjung, Perak. Pemantauan ini …
Maklumat Lanjut

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JABATAN PENERANGAN WPKL

YBrs. Puan Azizah binti Mohamed Said, Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara WP Kuala Lumpur (MKN WPKL) telah menerima kunjungan …
Maklumat Lanjut