PROKLAMASI DARURAT COVID-19 – PENJELASAN DAN INFORMASI SEMASA

Ayer Keroh – Yang Berusaha Encik Mohd Nasrul bin Menhat, Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Melaka akan bersiaran melalui segmen Dialog 1.30 di Melaka FM (102.3 mhz) pada jam 1.30 petang, 24 Februari 2021 (Rabu) bagi perkongsian maklumat  mengenai pelaksanaan Proklamasi Darurat COVID-19 khusus kepada pendengar – pendengar Melaka FM.

Antara informasi yang akan dikongsi bersama adalah:

  • Perkara – perkara asas Proklamasi Darurat
  • Tujuan pelaksanaan Proklamasi Darurat
  • Kuasa dan peranan pihak kerajaan semasa Proklamasi Darurat
  • Peranan kuasa-kuasa Eksekutif dan perundangan

Siaran dan hebahan melalui media elektronik ini adalah sebagai salah satu inisiatif dalam menyalurkan maklumat yang lebih tepat dan berkesan kepada golongan sasar yang terdiri dari golongan dewasa.

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …