KITA MASIH BELUM MENANG

KUALA LUMPUR, 17FEBRUARI 2021 – DBKL menerusi Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar meneruskan lagi program sanitasi di kawasan Perumahan Awam (PA/PPR) di PPR Wangsa Sari, Wangsa Maju.

Program sanitasi telah melibatkan keseluruhan kawasan sekitar blok, termasuk surau, dewan, tadika, parkir motor, taman permainan dan tempat awam. Sanitasi turut melibatkan setiap peti-peti pos, pemegang tangga setiap tingkat, dan pagar-pagar laluan awam di setiap tingkat antara tingkat 3 hingga tingkat 14.

DBKL turut memberi taklimat kepada penyelia pembersihan mengenai tatacara bancuhan kimia yang betul dan persekitaran yang perlu diberi keutamaan untuk pembersihan bagi membolehkan mereka melaksanakannya secara bersendirian.

Ingat, ‘perang’ belum tamat…kita terus jaga kita!

#klbandarku

#KLbandaruntuksemua

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …