BAKTI DIKENANG SEPANJANG MASA

KUALA LUMPUR, 18 FEBRUARI 2021 – YBhg. Datuk Seri Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur hari ini telah sudi untuk menyampaikan sumbangan ‘food basket’ kepada veteran-veteran Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) secara ‘drive thru’ di perkarangan Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Akibat daripada pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika ini, golongan ini juga tidak terkecuali menerima tempiasnya. Menyedari akan ini, DBKL terpanggil untuk menghulurkan sumbangan berupa barangan dapur bagi meringankan beban harian mereka. Jika dibandingkan sumbangan besar mereka ketika berkhidmat untuk negara sebelum ini, sumbangan ini bagaikan tidak tertanding. Namun atas dasar prihatin dan bagi mengenang jasa mereka adalah diharap sumbangan ini dapat memastikan bahawa mereka masih di hati kita semua.

Sejumlah 300 orang veteran telah memerima sumbangan ‘food basket’ pada hari ini yang bernilai RM100 setiap satu. Sumbangan ini turut dijayakan oleh Yayasan Wilayah Persekutuan dan KK Super Mart.

#klbandarku

#KLbandaruntuksemua

Sumber: https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

TEMBIKAI BOCI TANPA BIJI SEMAKIN POPULAR

KUANTAN: FAMA Pahang membantu memasarkan lebih 200 tan tembikai jenis boci tanpa biji dan tembikai kuning hasil keluaran tujuh pekebun …
Maklumat Lanjut

LETUSAN GUNUNG RUANG: MAS KEMBALI BATALKAN PENERBANGAN ANTARA KL-SABAH

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini membatalkan semula beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah susulan letusan gunung berapi …
Maklumat Lanjut

KES DEMAM DENGGI MENURUN PADA ME15, SATU KEMATIAN DILAPORKAN

KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga …
Maklumat Lanjut