OPERASI BERSEPADU DBKL BERSAMA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 11 FEBRUARI 2021 – DBKL bersama agensi yang terbabit  telah melaksanakan operasi secara bersepadu terhadap sebuah restoran arab yang terletak di Jalan Ampang.

Hasil operasi mendapati premis perniagaan telah melanggar peraturan:

  • Sebagai premis makanan menyediakan shisha dan mempamerkan iklan tanpa lesen dari DBKL; dan
  • Bertindak mempromosikan ‘Dine In Your Car & Shisha’.

Sehubungan itu, pengusaha telah diarahkan untuk menurunkan iklan (banner & bunting) dengan serta merta. Tindakan kompaun telah dikeluarkan atas kesalahan UUK Iklan 1982 5(1) – mempamerkan iklan tanpa lesen dari Datuk Bandar Kuala Lumpur

  • (1 banner & 4 bunting).

Manakala di pihak Kementerian Kesihatan Malaysia,

  • Akta Makanan 1983 12(1)(b) Membenarkan orang merokok di premis dan menyediakan bekas habuk rokok di dalam premis (2 kompaun).

Pengusaha juga dikenakan 2 lagi kompaun di bawah UUK Petempatan Makanan (WPKL) 2016 15(4) – Tidak menyelenggara alat perangkap minyak di ruang dapur dan 22(1)(d) – menjalankan aktiviti lain selain dari menyediakan makanan (Shisha).

#klbandarku

#KLbandaruntuksemua

Sumber: https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut

PELANCONGAN KEKAL TERAS PEMACU EKONOMI SABAH

RASMI: Christina yang mewakili Ketua Menteri memalu gong sebagai simbolik pelancaran ASEAN Travel Exchange (ATEX 2025) hari ini. KOTA KINABALU: …
Maklumat Lanjut