PENYERAHAN FOODBANK DRYFOOD KEPADA KELUARGA DAN FRONTLINER PKPD FELCRA NASARUDDIN

SRI ISKANDAR,11 Februari 2021 – Bertempat di Dewan Maharajalela, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah, satu majlis penyerahan Foodbank Dryfood telah diadakan pada petang ini bagi menyalurkan bantuan makanan kepada keluarga dan Frontliner yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felcra Nasaruddin Belia, Bota.

Sumbangan ini adalah daripada pihak YaPeim dan MyFund Action yang bertujuan bagi meringankan beban kepada keluarga-keluarga di Felcra Nasaruddin serta menghargai jasa bakti petugas-petugas Frontliner yang terlibat. Antara agensi yang turut menerima sumbangan tersebut adalah PDRM, KKM, ATM, APM, BOMBA, JKM dan RELA.

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …