HEBAHAN INFO ABC-19, MANFAATKAN RIBUAN RAKYAT

KUALA LUMPUR, 14 FEBRUARI 2020 – Hebahan maklumat dan informasi serba terkini disalurkan melalui program Agen Basmi COVID-19 (ABC-19) memberikan lebih pemahaman kepada pelbagai lapisan rakyat seterusnya menghindari mereka daripada risiko jangkitan wabak itu.

Pendekatan strategik digembleng antara agensi kerajaan dengan persatuan penduduk setempat itu, antara usaha memperkasa komuniti dengan berkongsi pengetahuan serta memupuk budaya pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan pandemik COVID-19.

Menurut Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Wilayah Persekutuan, Kolonel Effendy Ali, sejak dimulakan 4 Februari lalu, aktiviti hebahan ABC-19 berlangsung setiap hari telah menjelajah pelbagai lokasi penempatan mahupun kawasan tumpuan ramai sebagai fokus penerangannya.

Beliau berkata, kolaborasi di antara agensi APM, RELA, Jabatan Penerangan (JaPen), Persatuan Penduduk dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berfokus kepada menyebar luas informasi untuk rakyat serta menguatkuasakan pematuhan SOP sebagai norma baharu kehidupan.

 

“Program ABC-19 antara langkah membendung penularan COVID-19 secara menyeluruh libatkan komuniti setempat. Sejak bermula, dianggarkan berbelas ribu orang awam mendapat maklumat dihebah termasuk penduduk perumahan, pasar awam dan lokasi tumpuan ramai.

Pelbagai lokasi terlibat antaranya Cheras, Pasar Kampung Pandan, Maluri, Pasar Pudu, Bazaria Kerinchi, Brickfield selain Pasar Keramat di Kuala Lumpur. Manakala Laman Duta, Presint 15, Flat & Taman Rekreasi, Presint 9 di Putrajaya dan dua lokasi di Labuan, Pasar Tani dan Terminal Feri juga terlibat dalam sesi ABC-19 pada hari berkenaan.

Sumber: Wilayahku

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut