PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP PKP DI TAMAN TASIK TITIWANGSA

 

Satu tinjauan telah dilaksanakan di sekitar Taman Tasik Titiwangsa bagi memantau keadaan dan aktiviti serta tahap pematuhan masyarakat yang berkunjung ke taman berkenaan bagi aktiviti riadah/berniaga di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Berdasarkan kepada tinjauan di lapangan, mendapati aktiviti riadah di taman ini (joging dan berbasikal) berjalan seperti mana yang telah dibenarkan di dalam SOP PKP 2.0 sedia ada. Rata-rata pengunjung yang melaksanakan aktiviti riadah dan peniaga penjaja makanan yang beroperasi di sini dilihat mematuhi SOP yang telah digariskan.

Pengurusan taman dan peniaga di sini dilihat menyediakan semua kelengkapan wajib (mySejahtera/buku daftar pengunjung, hand sanitizer dan alat pengukur suhu) bagi kegunaan setiap pengunjung. Bagi langkah kawalan, taman ini juga telah menutup beberapa bahagian taman terutama taman permainan kanak-kanak dan hanya menyediakan satu pintu keluar dan masuk ke dalam kawasan taman. Selain itu, terdapat juga notis-notis pemberitahuan/peringatan pencegahan yang dipamerkan di sekitar taman ini bagi mengingatkan pengunjung terhadap penjagaan SOP serta pencegahan penularan.

Namun begitu, terdapat juga sesetengah perkara yang perlu diteliti serta diambil perhatian bagi penambahbaikan kawalan penularan di kawasan taman ini seperti berikut:

  • Kehadiran pengunjung yang agak ramai terutama pada waktu riadah petang serta hujung minggu. Semasa tinjauan dilaksanakan dianggarkan lebih kurang 200 pengunjung yang menjalankan aktiviti di taman ini sama ada di dalam atau di luar iaitu jalan utama sekitar taman.
  • Terdapat juga sesetengah pengunjung yang hadir ke taman ini mengambil kesempatan untuk bersantai dengan duduk serta berbual-bual di kerusi-kerusi taman yang sedia ada.
  • Terdapat juga sesetengah pengunjung yang menjalankan aktiviti sukan lain (badminton dan latihan tinju) selain joging dan berbasikal. Sekiranya perkara ini berterusan, berkemungkinan mengundang pengunjung-pengunjung lain turut melaksanakan aktiviti yang sama atau sukan lain selain joging/berbasikal di taman ini.
  • Tahap keselamatan daripada virus Covid-19 ke atas gunasama basikal-basikal yang di sewa di gerai perkhidmatan sewa basikal di taman ini. Dapat dilihat basikal-basikal ini disewa atau digunakan oleh pelbagai pengunjung yang mempunyai latar belakang kesihatan yang berbeza dan dikuatiri penghidap virus Covid-19. Ini berkemungkinan boleh menyebabkan pemangkin penularan sekiranya tidak dikawal dengan ketat. Proses sanitasi ke atas basikal-basikal ini adalah tanggungjawab dan perlu dilaksanakan oleh pengusaha gerai secara kerap iaitu mensanitasi basikal setiap kali selesai disewa/digunakan oleh individu sebelum sebelum disewa/digunakan oleh individu lain.

Pemantauan secara berkala akan dilaksanakan oleh tim task force operasi pematuhan bagi melihat tahap pematuhan serta reaksi masyarakat/peniaga gerai yang menjalankan aktiviti di taman awam ini

Pemeriksaan perlu dilaksanakan bagi menjamin peniaga-peniaga gerai/perkhidmatan sewa basikal yang beroperasi mengamalkan tahap kebersihan/kesihatan sebilang masa. Kawalan yang menyeluruh ke atas aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam/sekitar taman serta menghadkan jumlah pengunjung yang melaksanakan aktiviti di kawasan ini. Pihak berwajib perlu membuat hebahan terhadap kepentingan pematuhan SOP dan amalan norma baharu di dalam aktiviti riadah seperti ini.

#Kitajagakita

#Kitabelummenang

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

MCMC SEDANG MENGESAN INDIVIDU TERLIBAT DALAM PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI AI YANG MENYUNTING GAMBAR SEHINGGA MENGAIBKAN PENGGUNA MEDIA SOSIAL

MCMC SEDANG MENGESAN INDIVIDU TERLIBAT DALAM PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI AI YANG MENYUNTING GAMBAR SEHINGGA MENGAIBKAN PENGGUNA MEDIA SOSIAL Suruhanjaya Komunikasi dan …
Maklumat Lanjut

PAHANG SALUR RM1.2 JUTA UNTUK PROGRAM CELIK AL-QURAN OKU PENGLIHATAN

KUANTAN: Kerajaan negeri menyalurkan peruntukan RM1.2 juta melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi Program Celik al-Quran Braille untuk golongan orang …
Maklumat Lanjut

PENTINGKAH KEAMANAN DAN KEDAMAIAN DALAM SESEBUAH NEGARA?

Saban hari, persoalan tersebut sering bermain di fikiran setiap generasi muda yang baru hendak melangkah ke alam dewasa. Di mana …
Maklumat Lanjut