PROGRAM ISOLASI PEKERJA DI PUSAT KARGO KLIA

SEPANG – Pada awal bulan Oktober 2020, penularan wabak COVID-19 telah dikesan di kalangan pekerja kargo KLIA dan menyebabkan Kluster Kaya diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Perebakan wabak ini mengancam kesihatan hampir 11, 000 orang pekerja yang bertugas di Pusat Kargo KLIA.

Susulan lawatan YAB Perdana Menteri ke PKPD Medan 88 di Daerah Sepang, pada 10 November 2020, beliau telah mengarahkan suaya satu langkah diambil untuk membendung isu perebakan wabak COVID1-19 di kalangan pekerja di KLIA.

Susulan daripada beberapa siri perbincangan dengan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dan syarikat-syarikat vendor yang beroperasi di Pusat Kargo KLIA, persetujuan telah dicapai supaya program isolasi (green bubbling) bagi pekerja asing dilaksanakan bagi 247 orang pekerja. Pekerja asing ini dikenalpasti sihat dan negatif akan bekerja untuk memenuhi jumlah minima tenaga kerja yang mampu melaksanakan operasi di Pusat Kargo KLIA. Manakala, pekerja yang selebihnya akan disaring dan dikuarantin oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dengan kerjasama syarikat vendor masing-masing. Adalah dianggarkan 6,000 orang pekerja kargo di KLIA telah menjalani proses saringan. Pelaksanaan program isolasi bermula pada 26 November 2020 dan akan berakhir pada 19 November 2020 dan pekerja yang terlibat ditempatkan di Hotel Tune Aeropolis, Sepang.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut