PENAMATAN PKPD MEDAN 88 SEPANG

SEPANG – PKPD di Medan 88, Sepang yang telah dilaksanakan pada 12 November 2020 dan telah tamat pada 25 November 2020. PKPD ini dilaksanakan apabila 39 kes positif telah dilaporkan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Sepang dan hampir 800 orang penduduk telah terlibat.

Pada 26 November 2020, satu majlis ringkas penamatan PKPD Medan 88 telah disempurnakan YB Adhif Syan Abdullah Ahli Dewan Undangan Negeri Dengkil di tapak Pusat Kawalan PKPD. Dalam ucapannya, YB Adhif mengucapkan setinggi penghargaan kepada hampir 200 petugas yang terlibat dalam pelaksanaan PKPD ini untuk tempoh dua minggu. Segala usaha dan komitmen yang telah diberikan menunjukkan kesungguhan dan kerjasama yang erat agensi-agensi untuk menyekat penularan wabak COVID-19 di lokaliti. Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Mohamad Zain b. A. Hamid, Pegawai daerah Sepang, ACP Wan Kamarul Azran b. Wan Yusof, Ketua Polis Daerah Sepang, Puan Faizatul Aini Mohd Adnan, Pengarah MKN Selangor dan Dr. Mohd Nasir b. Habib, Pegawai Kesihatan Daerah Sepang.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …