PROGRAM PEMBUDAYAAN NORMA BAHARU BERSAMA JPKK

Melaka Tengah – JPKK memainkan peranan yang cukup penting di peringkat komuniti terutama dalam memastikan penyampaian maklumat yang tepat kepada masyarakat setempat khususnya dalam usaha memutuskan penularan wabak COVID19. Justeru, Kempen Pembudayaan Norma Baharu bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Daerah Melaka Tengah telah diadakan bertempat di Classic Ballroom, MITC pada 8 Disember 2020.
Program ini memfokuskan kepada kempen pembudayaan norma baharu yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 8 Ogos 2020 yang lalu bertujuan meningkatkan kesedaran kawalan kendiri dalam kalangan masyarakat sebagai salah satu langkah mencegah penularan wabak pandemik COVID19.
Penceramah jemputan yang hadir adalah ASP Anuar bin Ahmad dari IPD Melaka Tengah dan Puan Dayang Rusnahwati binti Zakaria dari Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah.
SOP Am Pelaksanaan Majlis turut dipatuhi dalam program ini termasuk:
– Jemputan para peserta yang tertakluk kepada saiz ruang dan kapasiti tempat
– Proses pendaftaran peserta yang dilengkapi dengan QR Code, pemeriksaan suhu badan, penyediaan hand sanitizer, dan laluan satu pintu masuk dan keluar
– Menyusun dan menanda kedudukan peserta dengan penjarakkan fizikal 1 meter
– Penyediaan makanan secara pack food kepada para peserta
Majlis anjuran bersama MKN Negeri Melaka dan Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah ini dirasmikan oleh YB DSU (IR) TS Haji Idris bin Haji Haron, Exco Pembangunan Daerah, Luar Bandar, Pengurusan Banjir dan Teknologi Hijau Negeri Melaka. Turut hadir ialah Tuan Mohd Nasrul bin Menhat, Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Melaka dan Enci Mohd Azri bin Mohideen Abd Kadir, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah.
VVIP turut mengamalkan SOP yang ditetapkan oleh KKM
Cadangan dan pendapat turut dikongsi bersama oleh wakil peserta dalam program tersebut

Artikel/Berita Terkini

๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—จ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฐ ๐—๐—”๐— 

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Polis Barat …
Maklumat Lanjut

๐—ข๐—ฃ๐—ฆ ๐—ฆ๐—”๐— ๐—ฆ๐—˜๐—ก๐—š ๐—๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—”๐—ก

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Operasi iniย  …
Maklumat Lanjut

TERENGGANU BERPOTENSI JADI HUB PENGELUAR NR-REE UTAMA NEGARA

Terengganu berpotensi menjadi negeri pengeluar serta pemprosesan utama unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di Malaysia jika hasil itu berjaya …
Maklumat Lanjut