PEMERKASAAN PEMBUDAYAAN NORMA BAHARU BAGI RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM

JASIN – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Melaka telah menganjurkan Program Pemerkasaan Pembudayaan Norma Baharu bagi Rumah Ibadat Bukan Islam Negeri Melaka.

Program yang berkonsepkan secara santai dan berinformasi ini diadakan khusus kepada Ketua Rumah Ibadat Bukan Islam bertujuan untuk memberi penerangan mengenai pembudayaan norma baharu kepada kumpulan sasar disamping mengoptimumkan peranan dan tanggungjawab pemimpin masyarakat ini kepada komuniti mereka.

 

Antara peserta yang hadir terdiri dari Ketua Rumah Ibadat Bukan Islam

 

Program ini akan dibuat secara berterusan dan berperingkat agar masyarakat sama-sama membantu Kerajaan bagi mengekang penularan wabak covid19 di Malaysia. Ceramah disampaikan oleh ACP Mohd Hedzir bin Hussin, Ketua Jabatan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, IPK Melaka, Dr. Nur Adawiyah dari Pejabat Kesihatan Daerah Jasin, dan Puan Teh Faridah dari JPNIN Melaka yang menyentuh mengenai SOP Rumah Ibadat Bukan Islam.

 

Dr. Nur Adawiyah menerangkan mengenai Pandemik COVID19 dan pencegahan yang perlu diamalkan di peringkat komuniti

 

Program dirasmikan oleh Tuan Mohd Nasrul bin Menhat, Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Melaka mewakili YB Exco Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka.

Artikel/Berita Terkini

BISKUT RAYA SERENDAH RM13 SEBALANG

Pengalaman hidup susah sehingga tidak mampu membeli kuih raya pada zaman kanak-kanaknya, mendorong seorang pengusaha biskut dan kek menjual pelbagai …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pihak KPDN …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut