PEMANTAUAN PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1442H

Melaka Tengah – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Melaka telah menjalankan tinjauan dan pemantauan bagi persiapan Majlis Perhimpunan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka bagi Tahun 2020/1442H yang diketuai oleh Pengarah Keselamatan Negeri, Encik Mohd Nasrul bin Menhat. Majlis tersebut akan diadakan pada 5 Disember 2020 (Sabtu) bertempat di Auditroium Al-Azim, Bukit Palah dan akan disempurnakan oleh TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka. Seramai 250 orang jemputan dijangka akan menghadiri majlis tersebut.

Berdasarkan kepada tinjauan dan pemantauan, persiapan telah disusun dengan sempurna oleh pihak penganjur iaitu Jabatan Agama Islam (JAIM) Negeri Melaka dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh KKM dan MKN antaranya:

1 – Pendaftaran tetamu jemputan termasuk penyediaan QR Code dan kaunter saringan kesihatan

2 – Jemputan peserta tertakluk kepada kapasiti ruang auditroium dengan mengambil kira penjarakkan fizikal

3 – Penyediaan makanan adalah secara packfood untuk semua tetamu jemputan yang hadir

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …