PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP @ WANGSA WALK

Satu tinjauan telah dilaksanakan ke atas Pasaraya Wangsa Walk, Wangsa Maju dan premis-premis yang beroperasi di dalam bangunan tersebut. Tujuan utama pematuhan dilaksanakan adalah untuk melihat SOP yang dipraktikkan di Pusat Bowling (Wangsa Bowl) adalah selari dengan penetapan SOP sedia ada. Selain daripada itu, pemantauan dilaksanakan bagi melihat tahap pematuhan SOP oleh premis-premis lain yang beroperasi di dalam bangunan tersebut.

Berdasarkan kepada tinjauan di lapangan, mendapati Pusat Bowling yang beroperasi di bangunan ini melaksanakan/mengikuti SOP yang telah ditetapkan seperti berikut:

1)  Penyediaan peralatan untuk merekod kehadiran dan mengimbas suhu ke atas pengunjung;

2) Menghadkan hanya 2 individu sahaja yang bermain bagi satu-satu lorong;

3) Membuat penandaan pada peralatan serta kerusi bagi mengingatkan pengunjung terhadap pematuhan SOP;

4) Melakukan sanitasi bagi setiap peralatan secara berjadual;

5) Menggalakkan pengunjung/pengguna untuk mensanitasi peralatan setelah selesai bermain dan

6) Membuat ingatan pematuhan SOP secara pengumuman kepada pengunjung secara berjadual.

Selain daripada itu, tim pematuhan juga mendapati premis-premis lain yang beroperasi di dalam bangunan ini mematuhi setiap SOP yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, pihak pengurusan Wangsa Walk perlu memantau, mengawal serta mensanitasi setiap masa satu ruangan yang dijadikan sebagai ruang bacaan kanak-kanak (Garden Library). Ruangan ini dilihat tidak menyediakan keperluan peralatan merekod kehadiran atau mengimbas suhu, tiada penandaan penjarakan mengikut SOP dan kawasan terbuka yang mempunyai banyak kerusi/meja yang boleh menyebabkan tiada kawalan ke atas kanak-kanak atau pengunjung yang menggunakan ruangan tersebut.

Rata-rata pekerja yang bekerja di dalam bangunan ini mengikuti SOP yang telah ditetapkan di samping pemantauan yang dijalankan oleh pihak majikan atau pengurusan bangunan tersebut. Pengunjung-pengunjung yang mengunjungi premis-premis ini juga menunjukkan pematuhan kepada SOP yang telah ditetapkan.

Semasa tinjauan dilaksanakan, keadaan dilihat agak lengang (kurang pengunjung) di premis-premis tersebut. Keadaan ini juga diakui oleh pemilik premis-premis berkenaan yang sekaligus menjejaskan jumlah pendapatan yang mereka perolehi. Sesetengah premis juga terpaksa mengurangkan atau menggilirkan pekerja mereka kerana kurangnya jumlah pelanggan dan kurangnya jumlah pendapatan/keuntungan.

Pemantauan secara berkala akan dilaksanakan oleh tim task force operasi pematuhan bagi melihat tahap pematuhan serta reaksi pengunjung/peniaga semasa pelaksanaan PKPB di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berlangsung.

Artikel/Berita Terkini

TUJUH TERSELAMAT INSIDEN BOT BERLANGGAR DI PERAIRAN SEMPORNA

OPERASI: Pasukan bomba menjalankan operasi di lokasi kejadian. SEMPORNA: Tujuh individu termasuk seorang jurumudi terselamat dalam insiden perlanggaran dua bot …
Maklumat Lanjut

CUBAAN SELEWENG CPO BERNILAI RM130,000 GAGAL

SELEWENG: Minyak sawit mentah ditemukan di kawasan terpencil dipercayai untuk diseleweng. SANDAKAN: Cubaan sindiket menyeleweng minyak sawit mentah (CPO) bernilai …
Maklumat Lanjut

𝗢𝗣𝗦 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗥𝗔

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) OPS SELERA …
Maklumat Lanjut