SYABAS NADMA!

KUALA LUMPUR, 13 NOVEMBER 2020 – Hospital Kuala Lumpur (HKL) ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di atas sumbangan 151 buah katil berserta tilam dan bantal. HKL telah memohon bantuan daripada NADMA pada 13 November 2020 dan bantuan telah tiba pada hari yang sama dan selamat di tempatkan di wad- wad MHKL (bangunan lama Hospital Bersalin Kuala Lumpur).

Syabas NADMA di atas tindakan pantas dalam membantu KKM amnya dan HKL khususnya merawat kes – kes Covid-19 yang semakin meningkat di Lembah Kelang. Sekalung penghargaan ke atas bantuan dan kerjasama kepada pasukan HKL dalam menyelaras dan menguruskan penghantaran katil-katil dari depoh simpanan ke MHKL.

HKL turut mendapatkan bantuan Unit Kawalan Infeksi, Bahagian Penyeliaan Hospital, Unit Angkut dan Radicare atas bantuan menempatkan kesemua 151 buah katil- katil sumbangan NADMA di wad-wad Covid-19 di MHKl. Kerja-kerja pemasangan katil-katil selesai pada 4.30 pagi sabtu 14 November 2020.

HKL juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada agensi lain yang turut membantu seperti: Agensi yang terlibat:

  • Depoh Simpanan Pertahanan, Kementerian Pertahanan Malaysia,
  • SMART (Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team)

Sehingga 14 November 2020, jumlah katil terkini di MHKL adalah sebanyak 358 buah katil (pertambahan sebanyak 151 daripada jumlah asal 207).

 

Sumber: FB Hospital Kuala Lumpur

Artikel/Berita Terkini

OPERASI BERSEPADU ESSCOM BELURAN CATAT RM407,644.69 NILAI KOMPAUN, RAMPASAN

OPERASI: Salah satu siri pemeriksaan yang dilaksanakan sepanjang Operasi Bersepadu ESSCOM Beluran. BELURAN: Operasi Bersepadu Daerah Beluran yang dilaksanakan Eastern …

TRAGEDI DI JALAN RAYA: KESEDARAN MENGHORMATI GARISAN BERKEMBAR

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang gemar memotong kenderaan di garisan berkembar merupakan antara punca utama berlakunya kemalangan maut. Tindakan …

BAHAYA KENDERAAN LEBIH MUATAN: PATUHI HAD DEMI KESELAMATAN JALAN RAYA

Isu kenderaan membawa lebih muatan (overloading) kini menjadi fokus utama penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana risiko impak negatifnya terhadap …