PKPD : PENDUDUK MERU 2C AKUR ARAHAN

Penduduk di sekitar Zon B dan Zon C, Taman Meru 2C yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula tengah malam ini kelihatan tenang dan bersedia sepenuhnya demi memastikan penularan COVID-19 dapat dibendung.

Kebanyakan penduduk memerhati dengan teliti dari kediaman masing-masing anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memasang pagar kawat duri di sekeliling kawasan perumahan mereka.

Kerajaan menguatkuasakan PKPD di kedua-dua lokaliti berkenaan yang melibatkan 572 rumah dengan 2,288 penduduk susulan peningkatan kes #COVID19.

Pelbagai agensi termasuk polis, Kementerian Kesihatan, Jabatan Kerja Raya turut dilihat sibuk mendirikan khemah dan mengawal situasi sekitar semasa membuat persiapan PKPD di kawasan terlibat semalam.

Sumber : Bernama

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …