PKPD TAMAN SUNGAI EMAS DAERAH KUALA LANGAT

PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD) DI TAMAN SUNGAI EMAS, DAERAH KUALA LANGAT

Foto: BH Online

Selangor merupakan negeri kedua yang mencatatkan bilangan tertinggi jangkitan wabak COVID-19 pada bulan Oktober 2020. Peningkatan bilangan kes yang signifikan ini begitu membimbangkan dan PKPD merupakan salah satu mekanisme yang berkesan untuk mengurangkan bilangan jangkitan dan memastikan kesihatan masyarakat terpelihara.Selari dengan pelaksanaan kawalan terhadap perebakan wabak COVID-19 dalam komuniti merupakan salah satu agenda kerajaan pada masa ini, PKPD telah dilaksanakan di kawasan Taman Sungai Emas daerah Kuala Langat melibatkan 7 buah  blok flat serta rumah teres di Jalan Emas 31 dan Jalan Emas 32 yang melibatkan hampir 1,300 orang penduduk. Dilaporkan jangkitan wabak COVID-19 di kawasan ini berpunca daripada Kluster Bah Manggis.

Pelaksanaan PKPD ini telah berjaya melaksanakan proses saringan kepada semua penduduk yang terlibat dan dilaporkan 43 orang penduduk adalah positif. Kesemua penduduk yang positif telah mendapat rawatan di Hospital Sungai Buloh. MKN mengucapkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Selangor, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat, Markas 11 Briged Infantri, IPK Selangor. Agensi Pertahanan Awam Malaysia Selangor, Jabatan Penerangan Negeri Selangor dan agensi-agensi lain yang bertungkus lumus memastikan pelaksanaan PKPD di Taman Sungai Emas berjalan lancar.  Tidak dilupakan penghargaan kepada penyumbang-penyumbang yang telah memberikan pelbagai bantuan makanan dan keperluan harian kepada para penduduk yang terlibat.

Pelaksanaan PKPD di kawasan ini telah diumumkan oleh YB Dato’ Sri Ismail Bin Sabri Menteri Kanan Pertahanan Malaysia, YB Dato’ Sri Ismail bin Sabri pada 27 Oktober 2020 dan telah dikuatkuasakan selama dua minggu.

 

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut