PELAKSANAAN PKPD HENTIAN KAJANG

PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD) DI PLAZA HENTIAN KAJANG, DAERAH HULU LANGAT

Penularan wabak COVID-19 dalam komuniti merupakan ancaman terkini yang bersifat kompleks dan memerlukan pendekatan khusus untuk menguruskannya.Bilangan kes yang meningkat di kalangan penduduk perlu diuruskan segera untuk mencegah perebakan yang serius dan mengancam kesihatan masyarakat.

Berdasarkan laporan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, peningkatan kes yang begitu ketara di Plaza Hentian Kajang begitu membimbangkan dan langkah mitigasi perlu dilaksanakan. Susulan daripada itu, Jawatankuasa Keselamatan Negeri Selangor meluluskan pelaksanaan PKPD di kawasan berkenaan bermula pada  28 Oktober 2020 untuk tempoh dua minggu.

Walau bagaimanapun, susulan daripada bilangan kes positif yang baru yang dikesan, pelaksanaan PKPD di kawasan ini dilanjutkan untuk dua minggu lagi dan akan berakhir pada 24 November 2020.  Pelaksanaan ini melibatkan hampir 2,700 orang penduduk dan 215 orang petugas daripada pelbagai agensi.

Setinggi penghargaan dan tahniah kepada agensi-agensi yang bertungkus lumus menjalankan tugas…. Anda adalah wira negara!

Artikel/Berita Terkini

PENAMPANG DAN KOTA KINABALU DIISYTIHAR BENCANA BANJIR

BENCANA: Pengisytiharan bencana bagi kedua-dua daerah susulan keadaan banjir semakin buruk. KOTA KINABALU: Daerah Penampang dan Kota Kinabalu diisytihar sebagai …

30 MANGSA BANJIR DIPINDAHKAN KE PPS DI PENAMPANG

PINDAH: Pasukan bomba menjalankan operasi memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan. PENAMPANG: Seramai 30 mangsa daripada tiga lokasi terjejas banjir …

OPERASI BERSEPADU ESSCOM BELURAN CATAT RM407,644.69 NILAI KOMPAUN, RAMPASAN

OPERASI: Salah satu siri pemeriksaan yang dilaksanakan sepanjang Operasi Bersepadu ESSCOM Beluran. BELURAN: Operasi Bersepadu Daerah Beluran yang dilaksanakan Eastern …