TINJAUAN DI KLIA DAN KLIA 2

TINJAUAN KE KLIA DAN KLIA2 BAGI MELIHAT PROSES SARINGAN COVID-19 PENUMPANG DARI NEGERI SABAH

6 Oktober 2020 – YB Menteri Kluster Keselamatan telah mengumumkan supaya semua penumpang pesawat  dari negeri Sabah bermula pada 27 September 2020 wajib menjalani proses saringan wabak COVID-19. Tindakan ini dibuat untuk mengawal penularan jangkitan wabak COVID-19 ke atas individu yang mempunyai sejarah perjalanan dari Sabah. Dilaporkan pada 27 September 2020 (hari pertama) proses saringan ini dilaksanakan terdapat aduan mengenai proses saringan yang terlalu lama mengambil masa sehingga lebih 5 jam dan  kesukaran mendapat makanan kerana kebanyakan kedai dan premis perniagaan di lapangan terbang masih ditutup.

Kaunter saringan di KLIA bagi penumpang dari Sabah

Tinjauan oleh MKN Selangor di KLIA dan KLIA2 pada 29 September 2020 mendapati proses saringan berjalan dengan lancar dan dikoordinasi dengan baik dan beberapa langkah penambahbaikan telah dilaksanakan. Berdasar taklimat yang diberikan oleh wakil agensi yang terlibat, jumlah penumpang yang ramai berlaku pada hari pertama dan hari kedua dan menyebabkan kesesakan dan masa menunggu yang lama. Walau bagaimanapun, tindakan penambahbaikan seperti menyediakan lebih banyak kaunter saringan, penyediaan  goodies bag mengandungi air mineral dan makanan ringan untuk penumpang yang menunggu proses saringan dan kehadiran petugas yang memberi penjelasan dan membantu penumpang sepanjang proses  saringan dilihat berjaya mengatasi isu yang dibangkitkan.

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

SKIM HARGA MAKSIMUM MUSIM PERAYAAN (SHMMP) TAHUN BAHARU CINA 2026

𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐊𝐈𝐌 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐌𝐀𝐊𝐒𝐈𝐌𝐔𝐌 𝐌𝐔𝐒𝐈𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 (𝐒𝐇𝐌𝐌𝐏) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 Menjelang sambutan Perayaan Tahun Baru Cina pada 17 & …

TARIKH MELIHAT ANAK BULAN RAMADAN 2026

KUALA LUMPUR, 12 Februari -Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia tahun ini adalah …

KADAR ZAKAT FITRAH MELAKA DITETAPKAN RM8, RM15 DAN RM22

Bukit Palah – Zakat fitrah bagi Negeri Melaka tahun ini ditetap pada tiga kadar iaitu RM8, RM15 dan RM22, kata …