WASPADA GELOMBANG KEDUA COVID-19

BEBERAPA kawasan di Kuala Lumpur mula mencuri perhatian warga kota apabila kes positif COVID-19 dilaporkan. Penularan semula kes bermula di Kepong apabila sebuah bank terpaksa menutup operasi daripada 22 September sehingga 5 Oktober susulan kerja-kerja pembasmian kuman setelah seorang pekerjanya disahkan positif COVID-19 kerana mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.

Individu tersebut dijangkiti virus berkenaan setelah melawat Lahad Datu dan Semporna pada 10 hingga 13 September lalu dan ia merupakan kes jangkitan pertama di Semenanjung Malaysia berikutan peningkatan kes di negeri di bawah bayu itu bermula Ogos lalu. Malah, difahamkan terdapat beberapa kompleks beli belah di sekitar Kuala Lumpur seperti Nu Sentral, The Linc dan KL Gateway Mall turut berisiko selepas beberapa pekerjanya disahkan positif COVID-19.

AZIZAH

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Azizah Mohamed Said berkata, pihaknya dengan kerjasama agensi berkaitan tidak berhenti daripada memantau keadaan semasa secara berterusan.

Beliau juga memaklumkan, hebahan mengenai langkah-langkah pencegahan penularan wabak kepada komuniti setempat sentiasa dilakukan.

“Kita masih lagi mengekalkan momentum yang sama sewaktu Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)”

“Malahan pada ketika ini, semua agensi yang terlibat di dalam pengurusan COVID-19 terpaksa melipat ganda usaha berikutan hampir kesemua sektor sosioekonomi dibuka.

“Sekarang ini, ia lebih kepada bagaimana rakyat boleh menjaga kawalan kendiri dan perlu menyedari bahawa Malaysia masih belum lagi bebas sepenuhnya daripada COVID-19,” katanya ketika ditemui Wilayahku baru-baru ini.

Beliau berkata, pihaknya berpendapat bahawa situasi kini masih terkawal meskipun beberapa premis dan kompleks beli belah sekitar ibu kota telah tercemar dengan virus tersebut.

“Buat masa ini, tiada perancangan untuk mewujudkan semula PKP seperti dahulu kerana keadaan masih terkawal dan dipantau secara dekat.

Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKN WPKL) juga aktif menjalankan ujian saringan terhadap kontak rapat yang telah dikenalpasti dan didapati kesemuanya negatif,” katanya. Beliau menjelaskan, sesuatu kawasan yang dijangkiti wabak tersebut belum boleh dinyatakan gelombang kerana Kementerian Kesihatan (KKM) telah menggariskan beberapa kriteria untuk mengklasifikasikannya.

“Apabila ada satu hingga 40 kes dilaporkan di sesebuah kawasan, ia akan diklafikasikan sebagai Zon Kuning manakala sekiranya melebihi 40 kes dan ke atas, kawasan tersebut akan dikategorikan sebagai Zon Merah.

“Sekiranya kita lihat kepada fakta yang ada, kawasan Setapak merekodkan tiga kes dan ia belum menular dalam komuniti yang besar. Namun begitu, langkah-langkah pencegahan diambil bagi memastikan kawasan tersebut selamat,” katanya.

Azizah memaklumkan, MKN dan KKM telah memutuskan sesiapa sahaja yang pulang dari Sabah atau mana-mana kawasan berisiko perlu menjalani ujian saringan dan mengamalkan kuarantin kendiri. “Mana-mana individu yang dikategorikan sebagai individu yang berada di bawah pengawasan (PUS) harus menjalani kuarantin dengan betul sebaik berada di rumah. “Individu atau ahli keluarga tidak boleh mendekati mereka selagi keputusan saringan belum diperoleh bagi mengelakkan penularan wabak tersebut.

“Mereka perlu mematuhi sepenuhnya proses tersebut dan keluarga perlu elak daripada bertemu untuk tempoh 14 hari,” katanya. Tambahnya, JKN WPKL akan sentiasa memantau perkembangan individu yang sedang menjalani kuarantin sebelum mereka dibenarkan keluar setelah tempoh kuarantin tamat.

Beliau berkata, pihaknya melalui Pusat Pengurusan Krisis (CMC) yang telah bermesyuarat sehingga 86 kali menggesa pemilik premis dan orang ramai untuk meningkatkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) agar tidak menjadi kluster terhadap penularan wabak itu di Kuala Lumpur.

“Pihak CMC menggalakkan semua premis termasuk kompleks beli-belah  melakukan sanitasi terutama di dalam lif. “Paling utama, apabila berada di luar, orang ramai perlu sentiasa memakai pelitup muka, membasuh tangan dan menjaga penjarakan fizikal,” katanya sambil menambah 60 peratus masalah jangkitan dapat dihindari sekiranya tiga perkara tersebut dipatuhi.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa, agensi kerajaan terus giat mengadakan pelbagai kempen pembudayaan norma baharu dalam kalangan masyarakat supaya SOP yang ditetapkan KKM dipatuhi.

Artikel/Berita Terkini

TEMBIKAI BOCI TANPA BIJI SEMAKIN POPULAR

KUANTAN: FAMA Pahang membantu memasarkan lebih 200 tan tembikai jenis boci tanpa biji dan tembikai kuning hasil keluaran tujuh pekebun …
Maklumat Lanjut

LETUSAN GUNUNG RUANG: MAS KEMBALI BATALKAN PENERBANGAN ANTARA KL-SABAH

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini membatalkan semula beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah susulan letusan gunung berapi …
Maklumat Lanjut

KES DEMAM DENGGI MENURUN PADA ME15, SATU KEMATIAN DILAPORKAN

KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga …
Maklumat Lanjut