FENOMENA AIR PASANG BESAR

6 Oktober 2020 – Rakyat di negeri Selangor khususnya penduduk yang tinggal di kawasan pesisir pantai atau berhampiran dengan pantai dinasihatkan supaya berhati-hati dalam menghadapi fenomena air pasang besar yang dijangka bermula pada September sehingga November ini. Lima daerah di negeri ini yang terlibat adalah daerah Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Fenomena air pasang besar ini akan mengakibatkan limpahan air di kawasan daratan dan mungkin menyebabkan banjir di lokaliti-lokaliti yang berhampiran dengan laut. Tahap ketinggian maksimum yang dijangkakan mampu mencecah 5.8 meter dan juga pada tahap-tahap tertentu.

Fenomena air pasang ini  melanda pada tarikh 19 dan 20 September sekitar 7.16 pagi dan 7.53 pagi, dijangka berlaku lagi pada Oktober iaitu pada 17,18,19 Oktober juga dalam anggaran jam 6 hingga 7.30 pagi serta pada 15 November dan 16 November sekitar jam 5.40 pagi dan 6.25 pagi.

Penduduk  yang tinggal berhampiran dengan pantai dinasihatkan mengelakkan aktiviti di tepi pantai dan bersedia dengan sebarang kemungkinan yang mungkin wujud daripada fenomena air pasang besar ini.

 

Foto: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

RM32.3 JUTA PERUNTUKAN PERKUKUH AGENDA PENDIGITALAN SABAH

MEMORANDUM: Joniston (tiga kanan) yang mewakili Hajiji dan James (tiga kiri) menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman pada Majlis Pelancaran Identiti Baharu …

HAJIJI KOMITED TINGKAT KUALITI PROGRAM PENDIDIKAN SABAH

KUNJUNGAN: Hajiji dan Lo bersama delegasi JPNS diketuai Raisin semasa kunjungan hormat di Menara Kinabalu pada Isnin. KOTA KINABALU: Ketua …

BIMP-EAGA GAMES 2026 PERKUKUH PERPADUAN SERANTAU, PERKASA BELIA

ALBUM: Nizam (enam dari kanan), Pembantu Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Seri Anil Sandhu bersama …