USAHAWAN ANAK MUDA KOTA

Merupakan program penggalakan usahawan muda kota yang dirangka bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya (PPj), Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) serta agensi kerajaan lain yang berkaitan dengan pembangunan usahawan.

Ianya bertujuan untuk merangsang ekonomi negara melalui sektor keusahawanan pasca pandemik Covid-19, melahirkan lebih ramai usahawan muda di lokasi tumpuan dan strategik sekitar ibu kota dan memperkasakan usahawan mikro supaya lebih berdaya saing dalam menghadapi norma baharu.

Inisiatif ini terdiri daripada:

  1. Bayaran sewaan nominal, memudahcara permohonan lesen perniagaan di DBKL dan PPj;
  2. Bantuan pembiayaan dan bimbingan perniagaan daripada agensi kerajaan; bantuan dan akses dalam mengaplikasikan ekonomi digital daripada pelbagai aspek seperti pengiklanan, pengisian pesanan, komunikasi antara pekerja dan kajian pasaran;
  3. Tawaran perniagaan francais (tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan); dan
  4. Peluang latihan serta tawaran dalam bidang keusahawanan yang diumumkan agensi berkaitan

Penyediaan kios atau ruang niaga untuk 1,000 usahawan di Kuala Lumpur dan Putrajaya di Berjaya Times Square dan hentian bas atau teksi di sekitar Kuala Lumpur disamping kios di side walk cafe di beberapa lokasi strategik. Selain itu, terdapat ruang niaga (pit stop) bagi usahawan Food Truck.

Peluang terbuka kepada individu yang berminat dalam bidang keusahawanan dan keutamaan diberikan kepada usahawan baharu atau sedia ada yang terjejas mata pencariannya akibat pandemik Covid-19.

#malaysiaprihatin

Sila layari https://usahawanwp.kwp.gov.my untuk maklumat lanjut dan permohonan secara online.

Sumber: Wilayahku

Gambar: Ihsan daripada FB Kementerian Wilayah PersekutuanΒ 

Artikel/Berita Terkini

BISKUT RAYA SERENDAH RM13 SEBALANG

Pengalaman hidup susah sehingga tidak mampu membeli kuih raya pada zaman kanak-kanaknya, mendorong seorang pengusaha biskut dan kek menjual pelbagai …
Maklumat Lanjut