SAY NO TO VANDALISME!

Pintasan Saloma merupakan salah satu mercu tanda baharu di ibu negara telah dicemari dengan perbuatan vandalimse oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab!

Ianya jelas menunjukkan tahap kesedaran masyarakat untuk menjaga harta benda awam masih lagi di tahap rendah, walaupun sekarang kita telah menginjak ke tahun 2020. Kemudahan awam yang disediakan adalah bertaraf kelas pertama tetapi jika masyarakat tidak memanfaatkan kemudahan yang disediakan dengan baik, ianya adalah sesuatu yang merugikan negara khususnya dalam usaha merancakkan sektor pelancongan domestik dalam negara.

Jom ubah mentaliti dengan menghargai kemudahan awam yang disediakan oleh kerajaan DAN MEMUPUK MINDA KELAS PERTAMA!

 

JANGAN BIARKAN GENERASI AKAN DATANG MEWARISI SIKAP NEGATIF SEPERTI INI!

Fakta menarik:

Dibuka secara rasmi pada 6 Februari 2020, jejantas di bawah projek Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) ini memiliki jarak 370 meter dan dibina berhampiran Stesen LRT Kampung Baru merentasi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Sungai Klang dengan kos pembinaan RM31 juta.

Pintasan Saloma memendekkan jarak perjalanan Kampung Baru – KLCC daripada 30 minit kepada 15 minit. Seni bina jambatan ini diilhamkan oleh konsep sireh junjung (susunan daun sirih) yang merupakan salah satu elemen dalam perkahwinan Melayu.

#saynotovandalisme

#sayangimalaysiaku

#kitajagakita

#kekalsihat

Gambar: Ihsan daripada IG ruudirwan dan FB Perbadanan Pembangunan Kampong BharuĀ 

Artikel/Berita Terkini

TEMBIKAI BOCI TANPA BIJI SEMAKIN POPULAR

KUANTAN: FAMA Pahang membantu memasarkan lebih 200 tan tembikai jenis boci tanpa biji dan tembikai kuning hasil keluaran tujuh pekebun …
Maklumat Lanjut

LETUSAN GUNUNG RUANG: MAS KEMBALI BATALKAN PENERBANGAN ANTARA KL-SABAH

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini membatalkan semula beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah susulan letusan gunung berapi …
Maklumat Lanjut

KES DEMAM DENGGI MENURUN PADA ME15, SATU KEMATIAN DILAPORKAN

KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga …
Maklumat Lanjut