WARGA KOTA PATUH SOP SOLAT JUMAAT

Masjid-masjid dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan mula dibuka dibuka bagi membolehkan orang ramai menunaikan solat Jumaat dan solat berjemaah mulai 15 Jun 2020. Namun begitu, kebenaran itu tertakluk kepada pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara.

Pembukaan semula masjid dan surau untuk solat berjemaah disambut baik oleh warga kota. Justeru iru, Tim Pemantauan MKN WPKL telah mengadakan pemantauan di dua buah masjid terbesar di Kuala Lumpur iaitu Masjid Negara dan Masjid Wilayah Persekutuan bagi memastikan SOP ditetapkan dipatuhi. Pihak pengurusan Masjid Negara turut menjemput Tim Pemantauan MKN WPKL untuk hadir mesyuarat bagi membincangkan pelaksanaan pematuhan SOP bagi mencegah penularan wabak COVID-19.

Hasil pemantauan Tim Pemantauan MKN WPKL dan Task Force Operasi Pematuhan PKPP yang diketuai oleh PDRM mendapati semua masjid di Wilayah Persekutuan mematuhi SOP ditetapkan selepas dibuka untuk solat Jumaat dengan kapasiti penuh dengan mengambilkira penjarakkan fizikal. Pemantauan secara berterusan akan terus dilaksanakan bagi memastikan warga kota dapat mengimarahkan masjid dan surau mengikut SOP norma baharu yang digariskan seperti berikut:

  • Mengambil wuduk di rumah;
  • Membawa sejadah sendiri;
  • Memakai pelitup muka;
  • Memeriksa suhu badan Jemaah;
  • Mencatat nama,no. telefon (secara manual @ QR code dengan menggunakan aplikasi MySejahtera;
  • Penjarakan fizikal.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …