OPERASI DI TAPAK BINA

Pada 2 Mei 2020, YB Tan Sri Annuar Musa, Menteri Wilayah Persekutuan melalui satu sidang media memaklumkan berlaku penularan wabak COVID-19 melibatkan pekerja di sebuah tapak pembinaan di Kuala Lumpur. Penularan ini membentuk satu kluster dikenali sebagai Kluster Pavillion Embassy yang menjangkiti seramai 31 orang pekerja.

Bimbang wujudnya penularan COVID-19 yang tidak terkawal di Kuala Lumpur, Lembaga Pembinaan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bersama beberapa agensi penguatkuasa telah mengadakan operasi bagi memastikan pematuhan Prosedur Standard Operasi (SOP) dan peraturan di tapak projek dipatuhi. Tim Pemantauan MKN WPKL berpeluang untuk menyertai operasi tersebut bersama-sama dengan PDRM, Jabatan Kesihatan Negeri WPKL, Jabatan Tenaga Kerja dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Antara lokasi operasi adalah di tapak pembinaan Riveria City KL Sentral, Brickfields dan Sunway Velocity Two, Cheras. Selain lokasi tapak pembinaan, Tim Pemantauan membuat pemeriksaan di tempat-tempat berkumpul pekerja seperti kantin dan bilik penginapan. Hasil pemeriksaan mendapati semua pekerja tapak pembinaan telah melaksanakan saringan COVID-19 dan secara keseluruhannya tapak binaan di Wilayah Persekutuan mematuhi SOP yang telah dikeluarkan oleh Mjlis Keselamatan Negara.

 

 

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut