Merdeka@MKN Bersama Komuniti Bagan Datuk

BAGAN DATUK, 14 September 2020 – Bertempat di SMK Seri Muara, satu program kerjasama antara MKN Perak, Jabatan Penerangan Daerah Bagan Datuk dan Jabatan Pendidikan Daerah Bagan Datuk telah diadakan bersempena menyambut Hari Kebangsaan yang ke-63.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan semangat bekerjasama, bersatu padu dan kesetiaan serta cintakan negara.  Selain itu, ia juga bertujuan bagi memupuk semangat patriotism dan semangat kemerdekaan ke dalam jiwa pelajar di samping menyemai rasa cintakan negara dan mempertahankan kedaulatan Malaysia.

Seramai 180 peserta hadir di dalam program tersebut yang melibatkan guru, pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di Daerah Bagan Datuk.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …