JANGAN LUPA PAKAI PELITUP MUKA … !

TAHUKAH ANDA?

DENGAN MEMAKAI PELITUP MUKA MAMPU MENCEGAH 60 % RISIKO DARI JANGKITAN WABAK COVID-19 ?

Kool Talk’ bersama AG, Haiza dan Muaz telah bersempatan menemubual YBhg. Datuk Rodzi Md Saad, Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Pengurusan Keselamatan), Majlis Keselamatan Negara bagi memberi penjelasan berhubung persoalan berkaitan SOP pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam.

Umumnya sedia maklum bahawa, virus COVID-19 didapati boleh merebak melalui droplet atau titisan pernafasan daripada percakapan, batuk ataupun bersin. Berdasarkan kepada hasil dapatan daripada kajian yang telah dijalankan, merumuskan bahawa pemakaian pelitup muka adalah sangat penting.

“Pemakaian pelitup muka merupakan salah satu mitigasi untuk mencegah risiko jangkitan penularan wabak COVID-19 dalam kalangan masyarakat” katanya semasa sesi temubual yang telah diadakan di konti Kool FM, Sri Pentas baru-baru ini.

Arahan mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam mulai 01 Ogos 2020 adalah untuk kebaikan bersama dalam usaha kita memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19 di kalangan masyarakat.

Beliau turut menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama memberikan komitmen dan kesungguhan untuk memastikan Malaysia bebas daripada jangkitan wabak COVID-19.

#StaySafe  #KitaJagaKita 

Artikel/Berita Terkini

KERAJAAN BERI LEBIH TUMPUAN KEPADA “EKONOMI RAKYAT”: FAHMI

Fahmi menyampaikan sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada petugas pada Majlis APC Kementerian Komunikasi Zon Sabah hari ini. – Gambar …

MELAKA REKOD 7.2 JUTA PELANCONG SETAKAT JUN, JANA EKONOMI RM7.27 BILION

Ayer Keroh – Melaka merekodkan lebih 7.2 juta pelancong sehingga Jun tahun ini, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara destinasi …

TERIMA KASIH ATAS KEPERCAYAAN KEPADA SAYA – AZHAR ARSHAD

Ayer Keroh – Berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka selama dua tahun dan dua bulan menjadi antara pengalaman amat bermakna …