TAMAN TUGU

Tarikan baru di Kuala Lumpur !

Beriadah sambil menikmati keindahan malar hijau tropika di tengah kota. Taman Tugu diwujudkan sebagai usaha pemeliharaan dan pemuliharaan ruang hijau di bandaraya Kuala Lumpur. Terletak bersebelahan dengan Tugu Negara, ia mempunyai  lebih 5,000 pokok hutan hujan asli Malaysia.

Mempunyai keluasan kira-kira 40 ekar yang terdiri daripada hampir 5 km laluan trek kini dibuka setiap hari kepada orang ramai dari jam 7.00 pagi – 6.30 petang dan kemasukan adalah percuma.

Kemasukan terakhir adalah pada pukul 5.45 petang  ini termasuklah ke tempat letak kenderaan, tapak semaian, dan rentis hutan. Kemasukan selepas waktu tersebut adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Laluan trek di sini adalah mesra kanak-kanak di mana anak-anda anda turut berpeluang menikmati sambil belajar mengenai keindahan flora dan fauna di Malaysia.

#KLgreen  #KLsihat

Sumber : http://tamantuguproject.com.my/

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …