KL Tower telah mengambil inisiatif menghargai jasa dan sumbangan petugas barisan hadapan yang telah bertungkus lumus menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing semasa berdepan dengan pandemik COVID-19. Kempen Untukmu Wiraku! bermula dari 17 Ogos 2020 hingga 16 September 2020.
Tawaran percuma ini layak dinikmati oleh petugas barisan hadapan. Pengiring pertama dan kedua dikenakan bayaran RM10.00 seorang manakala pengiring ketiga dan seterusnya dikenakan diskaun 50%.
MKN WPKL turut tidak ketinggalan menghargai pegawai/kakitangan dengan melakukan lawatan ke KL Tower. Rata-ratanya teruja untuk mencabar keberanian masing-masing dengan mencuba Sky Box iaitu tarikan utama KL Tower.
Sky Box merupakan sebuah tempat yang berdinding dan berlantaikan kaca setebal 3 inci dan mempunyai 3 lapisan, berada pada ketinggian 300 meter di kawasan Sky Deck. Jika anda tidak berani, KL Tower turut menyediakan Observation Deck di mana pengunjung boleh menggunakan teropong untuk menikmati keindahan Kuala Lumpur
KL Tower turut menawarkan pengalaman makan di restoran berputar yang memberi pengalaman yang cukup berbeza. Antara tarikan lain yang boleh dilawati di sekitar KL Tower ialah Mini Zoo, Rumah Terbalik dan Taman Eco Rimba. Sesungguhnya pengalaman masuk ke Sky Box amat mengujakan.
ANDA PATUT CUBA !!!
#WiraNegara #BarisanHadapanNegara