PELAJAR TINGKATAN 5 DAN 6 MEMULAKAN PERSEKOLAHAN

Isteri Menteri Besar Perak turut meninjau kawasan sekolah – Sumber Foto FB Faizal Azumu

IPOH, 24 Jun 2020 – Menteri Besar Perak dan isteri sempat membuat tinjauan di SMK Perempuan Methodist dan SMJK Sam Tet yang memulakan hari pertama persekolahan selepas semua sekolah ditutup sejak 18 Mac lalu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Beliau turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak pentadbiran sekolah dan guru-guru kerana telah melakukan persediaan rapi SOP norma baharu bagi menerima semula kehadiran para pelajar di sekolah. Terdapat seramai 34,150 calon yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di seluruh negeri Perak bagi sesi tahun ini yang ditunda ke suku pertama tahun 2021. Beliau turut mendoakan agar semua pelajar, guru-guru dan warga sekolah dilindungi daripada ancaman wabak Covid-19.

Pelajar mematuhi SOP yang ditetapkan semasa membeli makanan di kantin sekolah – Sumber Foto FB Faizal Azumu

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber berita : Facebook Faizal Azumu

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut