COVID-19: SYARIKAT KORPORAT TERUS MEMBERI SUMBANGAN

Sumber Foto : FB Faizal Azumu

IPOH, 30 April 2020 – Menteri Besar Perak, Dato Seri Ahmad Faizal bin Dato Azumu menerusi facebooknya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada  semua syarikat dan warga kerja yang telah memberikan  sumbangan kepada para petugas barisan hadapan serta Tabung Bencana dan Bantuan Sosial Kerajaan Negeri Perak bagi membantu rakyat yang terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sumber Foto : FB Faizal Azumu

 

Antara penyumbang yang terlibat adalah, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak Perak dengan sumbangan berjumlah RM260, 000 (hasil pemotongan elaun Ahli Lembaga Pengarah dan anak syarikat PPPNP dan kakitangan PPPNP). Syarikat Renesas International bersama Syarikat Carsem (M) Sdn Bhd sumbangan berjumlah RM240,000. Seterusnya Syarikat Kuala Lumpur Kepong Bhd dengan sumbangan sebanyak RM100,000. Syarikat Headlines International Sdn. Bhd, sumbangan Pek Makanan Kering Sempena Ramadhan bernilai RM100,000 (sumbangan syarikat dan sumbangan potongan gaji warga kerja). Syarikat My Vista dengan  sumbangan 1,000 unit pelindung muka kepada Hospital Raja Permaisuri Bainun serta Syarikat Kangsor Hydro dengan sumbangan berjumlah RM50,000 dan 3000 ribu unit topeng muka.

Sumber Foto : FB Faizal Azumu

 

Sumber berita : FB Faizal Azumu

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …