COVID-19: MB PERAK BUAT TINJAUAN GOLONGAN GELANDANGAN DI PPG

Menteri Besar  bertanya khabar dengan seorang gelandangan di PPG Sumber Foto : FB Faizal Azumu

IPOH, 22 April 2020 – Seramai 67 gelandangan yang telah diselamatkan di sekitar Bandaraya Ipoh kini mendapat tempat berteduh yang jauh lebih baik di Pusat Penempatan Gelandangan (PPG) semasa Covid-19. Mereka telah mendapat pakaian yang bersih, makanan percuma lima kali sehari, malah kesihatan mereka juga dipantau.

Menteri Besar mengagihkan makanan kepada gelandangan Sumber Foto : FB Faizal Azumu

Menteri Besar Perak menerusi FB rasminya Faizal Azumu mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Daerah dan Tanah Kinta dan Majlis Bandaraya Ipoh yang menyelaraskan pengurusan pusat penempatan sementara ini dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat, RELA, PDRM, AADK, JPN, JIM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Penerangan.

Beliau juga turut merakamkan ucapan penghargaan, tahniah dan syabas kepada lima badan NGO; Dapur Jalanan D’Polo, Wak Puji, Ipoh Central Kitchen, dan Kiwanis yang telah menyumbangkan makanan bermasak untuk diberikan kepada semua gelandangan di PPG.

 

Sumber berita : FB Faizal Azumu

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …