
IPOH, 23 April 2020 – Kerajaan Negeri Perak melalui Digital Perak telah memperkenalkan inisiatif “S.M.A.R.T Iftar @ Perak” iaitu sebuah direktori menu Ramadhan secara atas talian dengan menggunakan khidmat penghantaran sebagai alternatif kepada penganjuran bazar Ramadan secara tradisi. Ini selaras dengan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak membenarkan pelaksanaan Bazar Ramadan secara biasa bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Portal Digital Perak telah memulakan operasi pendaftaran peniaga dan penghantar makanan manakala untuk tatapan pembeli pula akan bermula pada 1 Ramadan.

Sumber berita : FB Faizal Azumu