PKP – ‘RAMADAN E-VILLAGE’ MENGGANTIKAN KONSEP BAZAR RAMADAN DI IPOH

IPOH, 23 April 2020 – ‘Ramadan e-Village’ yang diusahakan oleh Ipoh Central Kitchen bertempat di Restoran Simpang Tiga, dekat sini adalah inisiatif bagi menggantikan konsep Bazar Ramadan yang tidak dibenarkan beroperasi susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berkuat kuasa.

Sumber Foto : Perak Today

Menurut Koordinatornya, Mohd Iskandar Abdul Rahman, ‘Ramadan e-Village’ beroperasi sebagai tempat pengumpulan makanan berbuka puasa yang mana ia kemudiannya akan dijual kepada orang ramai. Selain itu ‘Ramadan e-Village’ juga turut berkonsepkan pengambilan makanan secara pandu lalu mahupun pembayaran tunai semasa atau cash on delivery. Mereka juga telah berdaftar dengan SMART Iftar yang diusahakan kerajaan negeri dengan kerjasama Foodpanda dan sebagainya. Caj penghantaran akan dikenakan sebanyak RM5 di sekitar Ipoh dan RM7 ke RM10 bagi di luar Ipoh, bergantung kepada lokasi.

Sementara itu Mohd Iskandar turut memaklumkan Ipoh Central Kitchen turut menyediakan platform bagi mana-mana badan korporat atau agensi kerajaan yang ingin menyumbang makanan kepada golongan yang memerlukan. Sebarang maklumat lanjut tentang ‘Ramadan e-Village’, orang ramai boleh lawati laman Facebook Ipoh Central Kitchen atau ‘Warga Simpang Tiga Ipoh’,”.

Terdahulu Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hadir ke Ipoh Central Kitchen dan merasmikan pelancaran ‘Ramadan e-Village’. Mengulas tentang inisiatif tersebut, Ahmad Faizal menyeru agar mana-mana anak muda di negeri ini yang ingin menambah pendapatan boleh berdaftar dengan Ipoh Central Kitchen sebagai penghantar makanan.

Sumber berita : Perak Today / FB Faizal Azumu

 

Artikel/Berita Terkini

BISKUT RAYA SERENDAH RM13 SEBALANG

Pengalaman hidup susah sehingga tidak mampu membeli kuih raya pada zaman kanak-kanaknya, mendorong seorang pengusaha biskut dan kek menjual pelbagai …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pihak KPDN …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut