COVID-19: SKIM AGRO PRIHATIN PERAK BERI TALIAN HAYAT KEPADA PETANI

Sumber Foto : Pejabat Menteri Besar

IPOH, 21 April 2020 – Hampir 30,000 petani di negeri Perak  menerima manfaat daripada Agro Prihatin Perak, hasil inisiatif dan cetusan Menteri Besar Perak, Dato Seri Ahmad Faizal bin Dato Azumu, bagi membantu para petani yang menghadapi masalah menjual hasil tanaman, akibat kekurangan permintaan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu. Program ini adalah salah satu daripada pelbagai inisiatif Bantuan Khas Kerajaan Negeri Perak bagi membantu kumpulan sasar yang terkesan akibat pelaksaan PKP yang bertujuan untuk  memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19.

Ahmad Faizal melalui Facebook rasmi miliknya telah mengucapkan penghargaan kepada  Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak yang menyediakan dana sebanyak RM1 juta untuk program tersebut. Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pertanian Negeri Perak, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Perak dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan inisiatif membela nasib para petani di negeri Perak.

 

Sumber berita : FB Faizal Azumu

Artikel/Berita Terkini

TEMBIKAI BOCI TANPA BIJI SEMAKIN POPULAR

KUANTAN: FAMA Pahang membantu memasarkan lebih 200 tan tembikai jenis boci tanpa biji dan tembikai kuning hasil keluaran tujuh pekebun …
Maklumat Lanjut

LETUSAN GUNUNG RUANG: MAS KEMBALI BATALKAN PENERBANGAN ANTARA KL-SABAH

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini membatalkan semula beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah susulan letusan gunung berapi …
Maklumat Lanjut

KES DEMAM DENGGI MENURUN PADA ME15, SATU KEMATIAN DILAPORKAN

KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga …
Maklumat Lanjut