COVID-19: TIGA HARI TANPA KES JANGKITAN BAHARU DI PERAK

Sumber Foto : Jabatan Kesihatan Negeri Perak

IPOH, 21 April 2020 – Selama tiga hari berturut-turut (Jumaat, Sabtu dan Ahad) tiada kes jangkitan positif baharu dilaporkan di negeri Perak. Data yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak semalam menunjukkan jumlah pesakit yang masih dirawat juga telah menurun daripada 25 kepada 18 pesakit.

Menteri  Besar Perak, Dato Seri Ahmad Faizal bin Dato Azumu, menerusi Facebook rasminya telah merakamkan ucapan tahniah kepada semua semua pasukan perubatan Jabatan Kesihatan Negeri Perak atas perkhidmatan terbaik yang telah diberikan. Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua para petugas barisan hadapan keselamatan yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tidak lupa juga ucapan terima kasih ditujukan kepada semua rakyat Perak, yang terus mematuhi arahan PKP. Beliau berharap agar  zon hijau dapat diperluaskan ke semua daerah, di negeri Perak.

Sumber Foto : Jabatan Kesihatan Negeri Perak

 

Sumber berita : FB Faizal Azumu

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …