TERIMA KASIH, WARGA PETUGAS KKIA

Kota Kinabalu, 31 Januari 2020 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah telah menyerahkan Kit Keselamatan Perlindungan Kesihatan kepada petugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Negeri Sabah ekoran daripada pengisytiharan Wabak Novel Coronavirus (nCov) oleh World Health Organization (WHO).

Lapangan Terbang Kota Kinabalu merupakan pintu masuk kedua yang paling sibuk di Malaysia selepas KLIA dan menjadikan para petugas barisan hadapan antara yang berkemungkinan terdedah kepada wabak ini.

Atas dasar keprihatinan ini, Majlis Keselamatan Negara melalui MKN Sabah telah mengambil inisiatif dengan memberi sumbangan Kit Perlindungan Kesihatan kepada warga petugas KKIA. Sumbangan ini disampaikan oleh Pengarah Keselamatan Negeri Sabah dan disaksikan oleh Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sabah.

Kit ini mengandungi sanitizers, face masks, disinfectant dan handwash. Penerima sumbangan kit ini terdiri daripada Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan dan Polis Diraja Malaysia yang terdiri daripada lebih 500 orang kakitangan.

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

DISIPLIN DI JALAN RAYA: KESELAMATAN BERMULA DARIPADA KITA

Patuhi lampu isyarat merupakan salah satu peraturan jalan raya paling asas yang wajib dipatuhi oleh setiap pemandu dan penunggang di …